Fitri Haris sah berkahwin dengan pengurus sendiri

FITRI HARIS yang merupakan juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) dan juga bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, telah mengumumkan sudah bernikah dengan pengurusnya sendiri iaitu Fazilah Omar, 32, baru-baru ini.

Bagaimanapun Fitri, 35 yang telah menduda selama 8 tahun berkata, dia dan isteri memilih untuk merahsiakan butiran mengenai majlis pernikahan mereka atas permintaan kedua-dua belah keluarga. Majlis pernikahan mereka dilakukan secara tertutup baru-baru ini dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Manakala majlis untuk peminat dan rakan selebriti akan diadakan di rumah kediaman Fitri di Semenyih, Selangor.

Fitri pernah menyatakan bahawa dia trauma untuk berkahwin lagi setelah gagal dalam perkahwinan sebelum ini sebanyak tiga kali. Namun setelah melakukan solat istikharah, hatinya telah terbuka semula untuk berkahwin lagi.

Fazilah merupakan pengurus Fitri sejak dia menyertai pertandingan rancangan realiti television Gema Gegar Vaganza 2 pada tahun 2018. Beliau pada mulanya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Fazilah dan bekerja secara profesional. Namun setelah solat istikharah, hatinya terbuka untuk Fazilah.

Fitri Haris mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah berumur 15 tahun. Manakala Fazilah mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang berusia sembilan tahun.

Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. InshaAllah.

Leave a Reply