fbpx

Ardell Aryana tidak sedar sudah hamil 4 bulan

Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi?? maaf kan umi tak sedar kehadiran awak , tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah ?.

Ardell Aryana atau nama sebenarnya Hidayah Mohd Amin, 29 menerusi akaun instagram miliknya menyatakan bahawa beliau sudah hamil dan baru sahaja menyedarinya setelah usia kandungan hampir mencecah 4 bulan.

Ardell yang juga isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa ini turut memuat naik rakaman imbasan bayinya di akaun instagramnya.

Ardell yang akan menyertai misi kemanusiaan ke Syria pada 8 Januari depan berharap dia dan kandungannya kuat untuk meneruskan misi tersebut.

Ardell turut bertanyakan kepada pengikut akaun instagramnya jika ada yang mempunyai pengalaman alahan sewaktu hamil. jika anda semua ada tips yang ingin dikongsikan tentang alahan semasa hamil, silakan berkongsi dengannya.

Leave a Reply