fbpx

7 Keajaiban Dunia 2011

Pada 11.11.2011 lalu telah berlangsung penyenaraian pemenang sementara untuk 7 keajaiban dunia versi New7Wonders.com selepas mengira jumlah undi pertama.

Pemenang rasmi untuk 7 keajaiban dunia itu akan diumumkan oleh New7Wonders pada awal tahun 2012.

Berikut adalah senarai pemenang sementara 7 keajaiban dunia mengikut abjad:

1. Amazon Rainforest (Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guiana, Guyana, Peru, Suriname, Venezuela)

2. Halong Bay (Vietnam)

3. Iguazu Falls (Argentina, Brazil)

4. Jeju Island (South Korea)

5. Komodo National Park(Indonesia)

6. Puerto Princesa Underground River (Philippines)

7. Table Mountain (South Africa)

______________________________________________________________________________

The Amazon Rainforest

(Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, French Guiana, Guyana, Peru, Suriname, Venezuela)

Juga dikenali sebagai Amazonia. meliputi kawasan seluas 5, 500, 000 kilometer persegi dengan 7 juta kilometer persegi kawasan hutan Amazon. Sungai Amazon merupakan sungai terbesar didunia.

______________________________________________________________________________

Halong Bay

(Vietnam)

Terletak di daerah Quáng Ninh, Vietnam. Teluk ini dekelilingi gunung batu kapur bermacam-macam saiz dan bentuk yang berusia beribu-ribu tahun. Ianya juga merupakan destinasi pelancongan utama di Vietnam. Teluk ini meliputi kawasan seluas 1, 553 kilometer persegi termasuk 1, 960 hingga 2,000 pulau kecil yang hampir keseluruhannya adalah batu kapur. Usia batu kapur di teluk ini dianggarkan menjangkaui 500 juta tahun.

______________________________________________________________________________

Iguazu Falls

(Argentina, Brazil)

Merupakan salah satu air terjun yang terbesar didunia dengan 257 air terjun disepanjang kawasan tersebut yang dimana dua pertiga daripadanya berada di Argentina.Air terjun yang berbentuk ‘U’ yang menjadi tumpuan utama dikenali sebagai ‘Devils Throat’ yang terletak di Brazil dengan ketinggian 82 meter, 150 meter lebar dan 700 meter panjang.

______________________________________________________________________________

Jeju Island

(South Korea)

Pulau Jeju berkeluasan 73 kilometer x 41 kilometer. Pulau ini juga mempunyai kawasan unik yang dikenali sebagai ‘Misterious Road’ yang mana barangan termasuk kereta bole bergerak sendiri tanpa sebarang kuasa.

_________________________________________________________________________________

Komodo National Park

(Indonesia)

Meliputi Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Pulau Padar. Taman Negara ini terkenal dengan biawak komodo yang hidup di pulau tersebut. Selain itu, ianya terkenal dengan terumbu karang dan 50 tapak menyelam yang menarik.

______________________________________________________________________________

Puerto Princesa Underground River

(Philippines)

 Taman Negara ini terletak lebih kurang 50km dari Bandar Puerto Princesa, Palawan, Filipina. Taman Negara ini diliputi gunung baru kapur dengan sungai sejauh 8.2 kilometer di bawah tanah. Ia mengalir didalam gua sebelum mengalir ke Laut China Selatan.

______________________________________________________________________________

Table Mountain

(South Africa)

Gunung yang berbentuk meja ini diliputi sebanyak 1500 spesis tumbuhan dan 2285 spesis haiwan. Gunung ini boleh dilihat di mana saja dari Cape Town.

Leave a Reply