PENTING – Pengguna Whatsapp wajib tahu ciri-ciri privasi Whatsapp ini
Anda pengguna Whatsapp? Kebanyakan daripada kita menggunakan Whatsapp hampir setiap hari. Whatsapp merupakan aplikasi komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia sama ada digunakan untuk kegunaan persendirian ataupun perniagaan. Ada juga kajian (The Digital News Report 2017 & TNS Global) yang mengatakan Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan Whatsapp.
Jika sememangnya anda pengguna harian Whatsapp, anda perlu tahu lima (5) ciri-ciri privasi yang diperkenalkan oleh Whatsapp ini.
1. Anda boleh pilih siapa yang boleh tambah anda kedalam group Whatsapp
Ciri privasi kumpulan Whatsapp (Whatsapp’s group privacy feature membenarkan pengguna untuk memilih siapa yang mereka mahu berikan akses untuk menambahnya ke dalam group whatsapp. Pengguna diberi pilihan untuk memberi akses kepada “Everyone”, “My Contacts”, dan “My Contacts except…”. Cara-caranya ialah:
Buka Whatsapp -> Setting -> Account -> Privacy -> Groups -> Choose “Everyone/My Contacts/My Contacts except…”
2. Tetapkan Biometric Lock
Ciri terbaru ini membenarkan pengguna untuk menetapkan cap jari (fingerprint) yang mempunyai akses untuk membuka aplikasi Whatsapp di telefon bimbit pengguna. Ciri fingerprint ID ini dikhaskan untuk pengguna Android manakala untuk pengguna iOS, Touch ID dan Face ID boleh digunakan. Cara-caranya ialah:
Untuk pengguna Android: Buka Whatsapp -> Setting -> Account -> Privacy -> Enable Fingerprint lock
Untuk pengguna iOS: Buka Whatsapp -> Setting -> Account -> Privacy -> Enable Touch ID atau Face ID
3. Pilih siapa yang boleh melihat foto profil dan status anda
Pengguna boleh memilih siapa yang boleh atau tidak boleh melihat gambar profil dan status mereka. Pilihan yang ada adalah “Everyone”, “My Contacts” and “Nobody”. Cara-caranya:
Buka Whatsapp -> Setting -> Account -> Privacy -> Profil Photo -> Pilih pilihan yang ada
4. Report dan Block pengguna lain
Ciri ini amat penting jika pengguna tidak mahu menerima mesej atau panggilan melalui Whatsapp daripada pengguna lain. Anda boleh block atau report pengguna yang anda rasakan mengganggu itu. Cara-caranya:
Pengguna Android: Buka Whatsapp -> Pilih name individu yang ingin di blocked -> Pada paparan chat, klik tiga dot di atas penjuru kanan -> Klik “More” -> Pilih Block daripada pilihan menu
Pengguna iOS: Buka Whatsapp -> Pilih name individu yang ingin di blocked -> Klik pada Bar di bahagian atas -> Pilih Block
5. Nyahfungsi ciri “read message”
Bagi sesetengah pengguna, mereka tidak mahu penghantar mesej mengetahui bahawa mesej mereka sudah dibaca. Ciri blue tick ini boleh dinyahfungsikan. Cara-caranya:
Buka Whatsapp -> Setting -> Account -> Privacy -> Matikan Read Receipt