Kes Pertama Polio di Malaysia Selepas 27 Tahun
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seorang bayi lelaki berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit polio selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada virus itu.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah di Kementerian Kesihatan (KKM) berkata bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) Jumaat lepas (6 Dis).