Ingatkan besi, rupanya bom mortar. Nasib baik tak meletop
SUNGAI PETANI – Sebuah bom mortar berukuran 81 milimeter (mm) ditemui oleh pekerja pembersihan di kawasan tapak pembinaan berhampiran Jalan Metro-Sri Wang, semalam. Bom tersebut dijumpai pada pukul 6 petang.
Objek yang disangkakan besi pada awalnya rupa-rupanya bom mortar yang masih aktif. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat.
“Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dikerahkan ke lokasi dan mendapati terdapat sebutir bom dalam keadaan disaluti tanah dan berkarat dan masih aktif.
Lokasi bom yang ditemui itu berada jauh dari kawasan perumahan dan ianya bukanlah kawasan tumpuan awam. Bom berkenaan sudah dialihkan dan akan di musnahkan oleh Unit Pemusnah Bom hari ini di kawasan selamat.