fbpx

Agihan pendapatan dan bonus ASB 5.5sen seunit

Hari ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan kadar agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah 5.5sen untuk tahun 2019. Manakala bonus sebanyak 0.5sen seunit.

Menerusi pengumuman ini, PNB akan membayar sebanyak RM9 bilion kepada 10 juta pemegang unit. Pengerusi PNB, Zeti Akhtar Aziz turut menyatakan kepuasan hatinya dengan pengumuman ini kerana situasi yang sangat mencabar.

Untuk rekod, agihan pendapatan ASB tahun lepas adalah sebanyak 6.5sen seunit dan bonus 0.5sen seunit. Ini menjadikan pulangan yang diumumkan tahun ini merupakan angka pulangan terendah ASB sejak penubuhannya pada tahun 1990.

Leave a Reply