fbpx

Ingat Usop Sontorian & Keluang Man? – Perginya Tokoh Animasi Negara

Ingat lagi kartun yang pernah menjadi kegilaan kanak-kanak zaman 90-an iaitu Usop Sontorian dan Keluang Man?

Kamn Ismail atau nama sebenar Kamaruddin Ismail yang merupakan pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia telah pulang ke Rahmatullah pada hari Ahad, jam 4.15 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasiĀ Usop Sontorian. Selepas itu beliau telah mencipta serta menerbitkan sebuah animasi melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D yang bertajuk Keluang Man pada tahun 1997.

Melalui animasi KUMANG Lagenda Sarawak dan Animasi Lagenda Kinabalu, animasi beliau telah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM untuk tahun 2004 dan juga tahun 2005.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada 1 April 2018.

Berita pemergian Allahyarham mengundang rasa kehilangan yang besar terhadap industri animasi negara kita.

Semoga Allayarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply