8 Manfaat Daun Sirih Yang Perlu Anda Tahu
Daun sirih merupakan daun yang sangat mudah tumbuh di mana sahaja. Kadang-kala di rumah ibu-bapa atau atuk nenek kita pasti ada yang menanam daun sirih di halaman rumah. Daun sirih tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain. Kebiasaannya, daun sirih kerap digunakan sebagai Sirih Junjung bagi rombongan pengantin yang ingin meminang atau dulang hantaran di majlis-majlis perkahwinan. Daun sirih ini mempunyai banyak manfaat. Berikut kami senaraikan 8 di antara manfaat daun sirih yang boleh anda amalkan:
- Ubat Sakit Tekak
- Rebus 4 ke 5 helai daun sirih bersama 2 gelas air.
- Rebus sehingga air menjadi lebih kurang separuh.
- Minum air rebusan itu 2 hingga 3 gelas sehari.
- Ubat Luka Melecur Ringan
- Tumbuk 3 ke 5 helai daun sirih merah bersama 2 sudu teh madu.
- Sapukan pada luka dua kali sehari.
- Ubat Demam Denggi Berdarah
- Rebus 4 ke 5 helai daun sirih bersama 2 gelas air.
- Rebus sehingga air menjadi lebih kurang separuh.
- Minum air rebusan itu 2 kali sehari.
- Melancarkan Haid
- Rebus 3 helai daun sirih, 10 gram mahkota dewa, 15 gram umbi dewa dalam 2 gelas air.
- Rebus sehingga air menjadi separuh dari asalnya.
- Minum air rebusan tersebut 2 kali sehari.
- Ubat Batuk
- Rebus lebih kurang 5 helai daun sirih merah dalam 300ml air.
- Minum air rebusan 2 kali setiap hari.
- Merawat Keputihan
- Rebus lebih kurang 5 hingga 10 helai daun sirih merah dalam 250ml air.
- Setelah air sejuk, tapis airnya dan gunakan untuk membasuh bahagian kewanitaan.
- Menghilangkan Bau Badan
- Rebus lebih kurang 10 hingga 15 lembar daun sirih bersama 1 sudu teh garam dalam 4 gelas air hingga menjadi 2 gelas sahaja.
- Minum air rebusan tersebut 2 kali sehari.
- Menghilangkan Bau Mulut
- Rebus lebih kurang 10 hingga ke 15 helai daun sirih dalam 4 gelas air hingga menjadi separuh.
- Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur.
Selamat mencuba..